
Kerana menyertai perhimpunan haram tanpa permit itu, 1,401 orang ditahan.
Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, mereka termasuk 10 pemimpin kanan parti politik.
TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA
Perarakan perhimpunan tanpa permit polis berlaku oleh kerana tawaran kepada polis untuk adakan perhimpunan ditolak.
Keseluruhannya, mereka yang ditahan sehingga jam 5 petang tadi meliputi 1,273 lelaki dan 115 wanita.
Turut ditahan, 13 kanak-kanak, termasuk seorang budak perempuan berusia 5 tahun..
TAN SRI ISMAIL OMAR / KETUA POLIS NEGARA
Episode siang tadi cuba guna kanak2. Kita tak faham tujuan dia. Kanak-kanak diheret sama. Kita tahan bantu siasatan. Mereka dalam keadaan baik
Senarai pemimpin yang ditahan:
Datuk Mahfuz Omar – KL Central
Salehuddin Ayub – KL Central
Mohamad Sabu – Jalan Mahameru
Fauziah Salleh – KL Central
Tian Chua – KL Central
Dato’ S. Ambiga – KL Central
Dato’ Seri Hadi Awang – KL Central
Dato’ Azeez Rahim – Jalan Bukit Bintang
Senarai pemimpin yang ditahan (Terkini) 18:00
Datuk Mahfuz Mohammad
Khairy Jamaluddin
Ngeh Khor Ham
Sivarasah Rasiah