Tiga Lelaki Ditemui Lemas Di Batu Caves - pakdin.my

lemas-di-tasik-berdekatan-bulatan-batu-caves

KUALA LUMPUR — Tiga lelaki ditemui lemas di sebuah tasik berdekatan Bulatan Batu Caves di sini, Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata dua mayat pertama ditemui terapung oleh orang awam sebelum dikeluarkan pada kira-kira 6.15 petang.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai insiden itu pukul 5.30 petang dan tiba 10 minit kemudian.

“Mayat ketiga ditemui pihak kami sendiri pada 8 malam,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata dokumen pengenalan diri yang ditemui pada ketiga-tiga mangsa menunjukkan mereka berumur sekitar 30-an.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kejadian itu dan identiti mangsa akan dimaklumkan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Isnin.

Zakaria bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat sama ada mangsa lemas itu mempunyai kaitan dengan operasi dadah yang dilakukan di kawasan itu.

Siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa yang ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian.

Semua mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

UTAMABERITATiga Lelaki Ditemui Lemas Di Batu Caves

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium