Lelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Di Ketinggian 30,000 kaki (video) - pakdin.my

 

TINDAKAN seorang lelaki cuba membuka pintu pesawat milik Southwest Airlines ketika penerbangan berada di ketinggian 30,000 kaki menimbulkan suasana panik dikalangan penumpang dan anak kapal di Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, pesawat tersebut dalam penerbangan dari Chicago ke California.

Cubaan lelaki itu yang mampu membunuh kesemua penumpang dan anak kapal bagaimanapun berjaya disekat selepas dia direbahkan oleh tiga penumpang lelaki yang memeluknya.

Seorang wanita yang merakam detik kejadian, Monique Lawler berkata, penumpang di dalam pesawat mula menjerit dan keadaan menjadi panik apabila lelaki itu cuba membuka pintu pesawat.

“Lelaki itu dilihat keluar dari tandas dalam keadaan basah lencun dan terus ke pintu untuk membukanya, tetapi tiga penumpang lelaki berjaya merebahkannya dan memeluk suspek sehingga pesawat mendarat.

“Akibat insiden tersebut, juruterbang terpaksa membuat pendaratan cemas di Omaha, Nebraska,” katanya.

Lelaki itu diserahkan kepada pihak berkuasa di Omaha sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju diteruskan selepas itu.

UTAMADUNIALelaki Cuba Buka Pintu Pesawat Di Ketinggian 30,000 kaki (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium