Lima Pelajar UIAM Parah, Bas Terbabas Di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan - pakdin.my

bas-uiam-terbabas-3
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan.

Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.

Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.

“Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan.

“Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan,” katanya.

Keadaan bas yang terbalik sehingga mengakibatkan lima pelajar UIAM cedera parah.
Keadaan bas yang terbalik sehingga mengakibatkan lima pelajar UIAM cedera parah.

Sumber itu berkata, operasi menyelamat melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hartamas dan Jalan Hang Tuah pada pukul 9.40 pagi.

Menurut sumber lagi, pemandu bas yang membawa 30 pelajar UIAM itu ada mengadu kurang sihat sebelum memulakan perjalanan.

Mengenai mangsa yang cedera parah, katanya, seorang pelajar lelaki dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur manakala empat lagi serta mereka yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“Pemandu bas dibawa ke klinik di UIAM untuk diberikan rawatan,” kata sumber.

 Bas yang membawa pelajar UIAM terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan

Bas yang membawa pelajar UIAM terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan

 

 

UTAMABERITALima Pelajar UIAM Parah, Bas Terbabas Di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium