UtamaPOLITIKAbdul Khalid Bayang Tak...

Abdul Khalid Bayang Tak Pertahan Jawatan MB Selangor Untuk Penggal Ketiga - pakdin.my

Tan Sri Khalid Tempelak Pemimpin PKR Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu membayangkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya untuk penggal ketiga.

Abdul Khalid dalam catatan terbaru Twitternya berkata: “Saya tidak bercadang menjadi Menteri Besar untuk penggal yang ketiga. Tapi saya akan terus berkhidmat hingga akhir penggal ini (penggal kedua).

“Dalam hidup ini, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat”.

Sebelum ini, beberapa pihak terutama melibatkan rakannya dalam partinya sendiri seperti timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri membabitkan beberapa isu tertentu.

Ini termasuk isu penamatan perkhidmatan Mohamed Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan penamatan kontrak 20 petugas PKNS Holdings.

Terbaharu, Anggota Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Abdul Khalid dipecat ekoran kegagalan beliau menangani isu air di negeri itu termasuk pelan catuan air yang dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan penamatan catuan air di semua kawasan terlibat mulai esok.

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua pada Mei tahun lepas merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik ke jawatan itu.

Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Abdul Khalid dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac.

Pada PRU-13, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Pemberontak BRN mengakui bertanggungjawab pengeboman di Selatan Thailand

Kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) mengumumkan di laman Facebooknya bahawa mereka bertanggung jawab dalam siri letupan bom minggu ini di wilayah...

Di Mahkamah Persekutuan Hari ini 18 Ogos 2022

Ketua pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Hisyam Teh memohon menarik diri. Tengku Maimun berkata, mahkamah tidak ada sebarang alasan untuk menyemak keputusan sebelum...

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...