BEERSIH 2.0 – Perhimpunan Haram Serlah Agenda Politik Pembangkang - pakdin.my

 

 

Agenda buruk pembangkang

Tanpa menghiraukan titah Yang Dipertuan Agong dan amaran polis penganjur yang diterima menghadap di Istana Negara Rabu lalu, meneruskan demonstrasi jalanan yang menggugat tenteraman awam di ibu negara siang tadi.

Dan apa yang digambarkan sebagai perhimpunan bersih sebelum ini bertukar perhimpunan haram yang didalangi pembangkang.

Selain kehadiran pemimpin utama dan ribuan penyokong parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat, PKR dan PAS, persoalan mengenai agenda sebenar perhimpunan ini turut menjadi tanda tanya.

Tuntutan asal penganjur ke arah pilihan raya bersih dan adil di negara ini bukan sahaja tenggelam malah memorandum mengenainya yang diwar-warkan sebelum ini tidak diserahkan penganjur kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Sebaliknya apa yang berlaku perhimpunan yang menimbulkan pelbagai kesukaran kepada orang ramai ini lebih kepada agenda politik pembangkang dan pemimpin mereka selain mencabar sistem demokrasi, kedaulatan undang-undang negara dan pihak berkuasa

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Perhimpunan Haram Serlah Agenda Politik Pembangkang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium