UtamaDUNIASeorang Maut 23 Cedera,...

Seorang Maut 23 Cedera, Gempa Bumi Di Utara Thailand - pakdin.my

Keadaan jalan yang rosak berikutan gempa bumi yang melanda di Chiang Rai, utara Thailand
Keadaan jalan yang rosak berikutan gempa bumi yang melanda di Chiang Rai, utara Thailand

BANGKOK: Seorang wanita warga emas maut dan 23 lagi cedera selepas satu gempa bumi kuat menggegarkan utara Thailand, kata pegawai pada Selasa.

Beliau berkata, gempa bumi itu yang disusuli dengan gegaran lain di kawasan pergunungan yang popular di kalangan pelancong.

Wanita berusia 83 tahun itu meninggal dunia selepas dinding di rumahnya runtuh dalam kejadian gempa bumi yang berukuran 6.0 magnitud menggegarkan pada petang Isnin, menurut pegawai di Jabatan Pengurangan dan Pencegahan Bencana di Bangkok.

“Seramai 23 orang turut cedera dalam kejadian berasingan yang disebabkan oleh gempa itu,” kata pegawai itu kepada AFP.

Gempa bumi itu melanda pada kedalaman hanya 7.4 kilometer dari pusat gempa di kawasan pinggir Phan di wilayah Chiang Rai, kata pakar geologi, dan dapat dirasai beratus-ratus kilometer ke selatan di Bangkok dan juga Yangon, bandar komersial di Myanmar.

“Sejak petang lepas (Isnin), terdapat enam gempa besar susulan antara 5.0 sehingga 5.89 magnitud dan yang terakhir pada pagi ini (Selasa),” kata Burin Wechbunthung dari Jabatan Meterologi kepada AFP.

Beliau menambah, terdapat beberapa gegaran kecil ekoran gempa bumi itu.

Penduduk pada Isnin berkata, mereka melihat banyak bangunan retak, tingkap kedai pecah dan kerosakan jalan raya, manakala bekalan elektrik terganggu untuk selama beberapa jam di Phan.

Kawasan gempa itu merupakan tempat percutian popular yang terpencil di kawasan pergunungan, berhampiran sempadan Myanmar dan Laos.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...