Anak Kambing Dilahirkan Berkaki Lapan - pakdin.my

> Anak kambing berkaki lapan dilahirkan di sebuah ladang di Croatia

> Anak kambing itu juga memiliki organ jantan dan betina

> Jika ia mampu hidup dalam tempoh seminggu ia boleh menjangkau umur tiga tahun

Anak kambing berkaki lapan
Anak kambing berkaki lapan

LONDON: Seekor anak kambing berkaki lapan telah dilahirkan di sebuah ladang di Kutjevo, Croatia baru-baru ini.

Portal berita Britain, The Mail Online melaporkan, anak kambing itu adalah milik seorang peladang bernama Zoran Paparic.

anak-kambing-kaki-lapan-2

Ibu anak kambing itu yang dinamakan Sarka telah selamat melahirkan anak kambing berkaki lapan itu yang juga didapati memiliki organ jantan dan betina.

Portal itu melaporkan yang Paparic pada mulanya ingat yang Sarka telah melahirkan anak kembar tetapi selepas mengamati dengan teliti dia mula menyedari yang Sarka hanya melahirkan seekor anak berkaki lapan.

“Bila saya mengira kaki anak kambing itu saya dapati ia ada lapan kaki tapi pada mulanya saya ingat saya berada dalam keadaan ilusi lalu pergi mendapatkan jiran saya untuk memastikan yang saya tidak gila,” katanya lagi.

anak-kambing-kaki-lapan-3

Paparic berkata yang dia ingin memelihara anak kambing itu jika ia terus hidup sambil menyifatkannya sebagai satu keajaiban.

Pakar haiwan berkata, punca anak kambing itu berkaki lapan adalah kerana kembarnya tidak membesar menjadi seekor anak yang sempurna.

Mereka ragu-ragu yang anak kambing itu akan mampu bertahan untuk terus menjalani kehidupan yang sempurna tetapi jika ia berjaya mengharungi minggu pertama ini dengan jayanya ada kemungkinan ia akan dapat hidup untuk tempoh dua atau tiga tahun.

Anak kambing itu belum dapat berjalan kerana masih lemah.

anak-kambing-kaki-lapan-4

UTAMADUNIAAnak Kambing Dilahirkan Berkaki Lapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium