25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

5 Kakitangan TNB Nyaris Maut

5 Kakitangan TNB Nyaris Maut

Lima kakitangan Tenaga Nasional Berhad nyaris maut dalam satu kemalangan di Lebuh Perdana, Taman Perindustrian Teknologi Tinggi Kulim, Kedah pagi tadi.


Kesemua mangsa yang cedera di kepala, bagaimanapun dilaporkan stabil.

Kereta dinaiki mangsa dipercayai datang dari arah Taman Industri Waja, menuju ke Lebuh Raya Perdana.


Bagaimanapun, pemandu dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan, serta sebatang pokok dan tiang lampu sebelum terbalik.

Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan jalan 1987, kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan