24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

5 KANAK-KANAK PARAH, GEREJA DIBOM

Lima kanak-kanak termasuk seorang bayi parah apabila sebutir bom meletup di halaman sebuah gereja di Samarinda, Kalimantan Timur, hari ini.

Menurut laporan berita televisyen tempatan, ketika kejadian kira-kira 10 pagi itu, puluhan penganut Kristian sedang bersembahyang dalam Gereja Oikumene di Jalan Cipto Mangunkusumo di daerah Sengkotek, Samarinda.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Kalimantan Timur, Fajar Setyawan dipetik berkata, ketika kejadian, sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di halaman gereja, sementara menunggu ibu bapa mereka beribadah.

Menurut saksi, seorang lelaki dikatakan meletak sebuah beg di halaman gereja tempat kanak-kanak sedang bermain itu, sebelum melarikan diri dengan melompat ke dalam sungai berdekatan.

“Bom yang diletakkan dalam beg itu meletup, 4 buah motosikal terbakar dan 5 kanak-kanak termasuk seorang bayi parah akibat terkena percikan bom itu,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya mengejar suspek dan menangkapnya ketika cuba bersembunyi dalam sungai.

Fajar berkata, orang ramai yang menangkap lelaki terbabit menyerahkannya kepada polis sejurus kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek lelaki berumur 32 tahun terbabit memakai kemeja-T bertulis ‘Jihad Way of Life’ dan berasal dari Bogor, Jawa Barat.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan dan dia sedang menerima rawatan kerana mengalami kecederaan,” katanya.

Pada Ogos lalu, jemaah sebuah gereja di Medan menggagalkan cubaan seorang lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau menyerang seorang paderi ketika sedang berkhutbah.

Lelaki itu juga didapati membawa 2 butir bom buatan sendiri dalam beg galasnya.

20161113-5-kanak-kanak-parah-gereja-di-kalimantan-dibom

Berita Berkaitan

Pakar British, Australia maut ketika mematikan bom

HONIARA (PULAU SOLOMON): Dua pakar pemusnah bom dari Britain dan Australia maut dalam cubaan...

Pemandu ambulans rogol pesakit COVID-19 dalam perjalanan ke hospital

KERALA: Seorang pemandu ambulans di India ditahan selepas didakwa merogol pesakit COVID-19 di daerah...

Pakistan sasar penanaman ganja ‘hemp’ untuk pasaran global

ISLAMABAD: Pakistan merancang untuk membenarkan penanaman 'hemp' (spesies ganja) secara komersial dan membantu golongan...

Thailand rekod 100 hari tanpa jangkitan tempatan

BANGKOK: Thailand mencatatkan sifar kes baharu tempatan COVID-19 bagi hari ke-100 berturut-turut. Perdana Menteri, Jeneral...

Thailand promosi ganja sebagai tumbuhan ekonomi baharu

BANGKOK: Thailand mahu mempromosikan 'hemp' (spesies ganja) sebagai tumbuhan ekonomi baharu, dengan sokongan bagi...

[Video] 2 terbunuh dalam letupan di restoran Abu Dhabi

ABU DHABI: Letupan di sebuah restoran makanan segera di sebuah bangunan di Jalan Rashid...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan