33.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

5 maut, 6 parah van gagal elak lori rosak di Bintulu

kemalangan-van-bintulu2

BINTULU  – Lima maut manakala enam parah selepas van dinaiki sekumpulan 14 pekerja warga Indonesia merempuh sebuah lori rosak yang ditinggalkan di bahu jalan di Kilometer 52, Jalan Pesisir Miri-Bintulu malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Anwar, 28; Robet Mukyatim, 31; Imron Kurnuva, 29; Surasman, 21, dan Zainal Abidin, 24.


Kesemua mereka yang merupakan penumpang van meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Enam lagi penumpang iaitu Rahmad Baitullah, 20; Junaidi, 23; Muhammad Sofyan, 30; Muhammad Nur Hairul Hafifi, 23; Mohammad Jubri, 34 dan Bahrudin Rasyid, 29, cedera parah.

Pemandu van jenis Toyota tersebut yang juga warga Indonesia, Muhammad Mudaris, 22, serta dua penumpang lain, Supeide, 31, dan Usman, 30, pula hanya mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Bintulu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Madang Usat berkata, van dinaiki 14 lelaki yang bekerja di kawasan Perindustrian Samalaju tersebut dalam perjalanan membawa semua penumpang pulang selepas tamat waktu kerja.


“Sebaik sahaja tiba berhampiran simpang Ladang Takau, pemandu van itu tidak menyedari kelibat sebuah lori yang ditinggalkan pemiliknya di tepi jalan akibat terbakar kira-kira pukul 2 petang semalam.

“Dia gagal mengawal van dipandunya lalu merempuh bahagian kanan lori berkenaan. Rempuhan kuat menyebabkan van itu terbabas ke bahu kanan jalan dan terjunam ke dalam parit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

kemalangan-van-bintulu


Madang memberitahu, siasatan awal mendapati nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu van tersebut.

Sehubungan itu katanya, polis telah menahan pemandu terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkaitan

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana...

[Video] Sebarang keputusan adalah keputusan parti, parti yang akan buat keputusan – Najib

Perbincangan telah pun diadakan mengenai situasi semasa. Pelbagai pandangan diutarakan. Penelitian akan dibuat oleh Majlis Tertinggi. Nasihat...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan