Jurujual Mengaku Bersalah Buang Bayi (video) - pakdin.my

jurujual-buang-bayi

Seorang jurujual di sebuah farmasi hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ampang terhadap tuduhan membuang bayi.

Remaja berusia 18 tahun ini, didakwa menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu tanpa diketahui samada bayi berkenaan mati selepas atau semasa dilahirkan.

Dia melakukan perbuatan itu di tandas tempat kerjanya di Taman Melawati, Selangor jam 4 petang 2 Mei lalu.

Tertuduh boleh dipenjara 2 tahun atau denda mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan Akta 574.

Majistret Noor Farah Aswani Othman menetapkan 16 Julai untuk jatuh hukum bagi membolehkan mahkamah mendapatkan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM 8,000.

 

 

UTAMABERITAJurujual Mengaku Bersalah Buang Bayi (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium