Thursday - August 5, 2021 @ 19:48
BERITANASIONALBEERSIH 2.0 - Semua Tahanan Perhimpunan Haram Telah Dibebaskan

BEERSIH 2.0 – Semua Tahanan Perhimpunan Haram Telah Dibebaskan

 

Semua Tahanan Perhimpunan Haram Telah Dibebaskan

Kesemua 1,667 orang yang ditahan kerana menyertai perhimpunan haram di ibu negara semalam, telah dibebaskan.

Pusat Media Bukit Aman berkata, mereka dibebaskan secara berperingkat-peringkat sehingga malam tadi.

Turut dibebaskan lewat petang semalam, 12 pemimpin penganjur perhimpunan haram.

Antaranya pengerusi pertubuhan tidak berdaftar, Bersih, Datuk S. Ambiga dan Presiden Pas,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Juga dibebaskan, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Daripada yang ditahan itu, 1,500 orang terdiri lelaki.

Bakinya 151 perempuan dan 16 kanak-kanak yang dibawa penjaga mereka.

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula mereka, untuk membantu siasatan selain dikenakan tindakan mengikut undang-undang

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here