Perodua Viva Terperosok Bawah Pesawat MAS Dalam Kemalangan Di KLIA - pakdin.my

wpid-mas-viva.jpg

Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan pesawat MAS yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Yangon (KUL-RGN) berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kereta milik anak syarikat MAS, Firm City itu telah terperosok di bawah pesawat MH (9M-MXG) yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.05 pagi.

“Siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengaku tidak menarik ‘handbrake’ dengan kemas menyebabkan kereta bergerak sendiri.

“Tanpa disedari kereta telah terperosok di bawah kapal tersebut,” menurut sumber.

Difahamkan, kenderaan kepunyaan Firm City ditugaskan untuk membuat pemantau proses pemunggahan barang-barang ke dalam pesawat.

Terdapat kesan calar di bahagian bumbung kereta dan di bahagian bawah pesawat.

“Kereta terbabit telah dibawa keluar dengan mengeluarkan angin tayar sebelah hadapan.

“Kapal tersebut telah dibawa ke ‘hangar’ untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya.”

Pesawat lain jenis 9M-MSH digunakan untuk menggantikan penerbangan MH740.

UTAMABERITAPerodua Viva Terperosok Bawah Pesawat MAS Dalam Kemalangan Di KLIA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium