Kerajaan perlu tegas hukum penyiar berita palsu di internet – Bekas KPN - pakdin.my

musa hassan

Kerajaan perlu lebih tegas dalam menghukum pihak tidak bertanggungjawab yang menulis dan menyiarkan berita palsu di Internet, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Bercakap pada dialog penerangan bertajuk ‘Media Sosial-Antara Pembohongan dan Realiti’ di sini hari ini, beliau berkata undang-undang mengenai penyebaran maklumat palsu serta kawalan internet di negara ini adalah baik tetapi ketegasan dalam pelaksanaannya tidak memuaskan.

“Oleh itu pihak yang bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) serta Jabatan Peguam Negara perlu tegas dalam menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Selain itu, pihak-pihak ini juga perlu bekerjasama dalam aspek teknikal, siasatan dan pendakwaan agar pelaksanaan undang-undang dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau juga berkata kebebasan bersuara perlu diletakkan hadnya kerana dikhuatiri ia akan disalah guna bagi membangkitkan isu sensitif terhadap rakyat seperti perkauman, agama dan perpaduan.

“Tiada makna kebebasan bersuara sekiranya negara tidak aman dan porak peranda,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zaini Hassan berkata sudah tiba masanya rakyat mengamalkan tapisan sendiri apabila membaca serta melayari bahan bacaan di Internet.

“Sekarang adalah zaman di mana masyarakat sendiri perlu menapis dan mengenal pasti maklumat yang mereka baca di internet datang dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai,” katanya.

Dialog anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan itu dipengerusikan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

UTAMAKerajaan perlu tegas hukum penyiar berita palsu di internet - Bekas KPN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium