BEERSIH 2.0 – PM Turun Padang, KL Kembali Bangkit - pakdin.my

 

24 jam selepas perarakan dan demonstrasi haram oleh pihak tidak bertanggungjawab, Kuala Lumpur yang hampir lumpuh semalam kembali bangkit.

Orang ramai membanjiri jalan-jalan utama dan gedung membeli belah yang beroperasi kembali, selepas ditutup.

Dan jika pemimpin pembangkang mendabik dada dengan huru-hara dan kekacauan yang dicetuskan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebaliknya, beliau turun padang meninjau dan mendengar sendiri keluhan mereka yang terjejas.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman jam 5.10 petang tadi.

Sebelum ke kompleks membeli belah Sogo yang terpaksa ditutup semalam, beliau sempat bertanya khabar dan bergambar dengan orang ramai yang begitu teruja dengan kehadirannya.

Ketika melintas jalan untuk meninjau pula ke kedai-kedai di sepanjang jalan tar peluang untuk bergambar dengan pemimpin utama tidak dilepaskan keluarga ini.

Hampir semua kedai terutamanya kedai kain dan pakaian ditinjau Perdana Menteri.

Selain bertanya khabar, Datuk Seri Mohd Najib juga mendengar keluhan peniaga yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak dapat beroperasi semalam.

Beliau kemudiannya meninjau lokasi perniagaan terjejas di Lorong Tuanku Abdul Rahman yang menempatkan 550 peniaga pasar malam minggu.

Selepas itu, Jalan Masjid India yang banyak menempatkan kedai barang kemas juga ditinjau.

Nyata, kehadiran beliau begitu disenangi peniaga.

Sebelum pulang, bazar Melayu moden di Wisma Yakin juga dijenguk.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - PM Turun Padang, KL Kembali Bangkit

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium