UtamaNASIONALSelangor Berdalih Tidak Pernah...

Selangor Berdalih Tidak Pernah Letak Sasaran Kutip Hasil Pasir RM150 Juta Setahun - pakdin.my

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sebaliknya kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

“Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.

“Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000,” katanya ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui semasa sesi rehat sidang DUN berkata kenyataan Abdul Khalid seolah-olah cuba menyembunyikan fakta sebenar mengenai operasi serta hasil kutipan daripada aktiviti berkenaan.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...