Benzema, Teknologi Garisan Bantu Kemenangan Perancis Terhadap Honduras #PialaDunia2014 - pakdin.my

PORTO ALEGRE: Dua gol sumbangan bintang Karim Benzema membantu Perancis menewaskan Honduras 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia (Kumpulan E), awal pagi Isnin.

Perlawanan itu turut menyaksikan teknologi garisan gol digunakan buat pertama kali dalam edisi kali ini bagi mengesahkan gol kedua untuk pasukan Perancis,selaku juara edisi 2008 pada separuh masa kedua, minit ke-72.

Ia berikutan rembatan Benzema yang terkena tiang, melantun terkena badan penjaga gol Honduras dan bergolek masuk ke dalam gawang.

Honduras semakin tertekan selepas kad merah dilayangkan kepada Wilson Palacios dan terpaksa bermain dengan 10 pemain gara-gara mengasari Paul Pogba dalam kotak penalti pada minit ke-45.

Perancis mendapat peluang menambah gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Benzema.

Gol ketiga adalah hasil rembatan rembatan sepakan sudut yang pada minit ke-72 oleh N. Valladares.

 

BERIKUT merupakan statistik perlawanan Perancis menentang Honduras.

Posisi dan pertukaran permain.



Purata kedudukan pemain sepanjang perlawanan.


Arah serangan sepanjang perlawanan.



UTAMAGAYA HIDUPBenzema, Teknologi Garisan Bantu Kemenangan Perancis Terhadap Honduras #PialaDunia2014

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium