BEERSIH 2.0 – Ordinan Darurat Mungkin Digunapakai - pakdin.my

 

Ordinan Darurat antara kemungkinan peruntukkan undang-undang yang tidak mustahil dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu lalu.

Peguam Negara yang mempunyai kuasa bagi menentukan akta mana yang akan dikenakan, sedang meneliti beberapa kes bagi menentukan sama ada akan didakwa atau tidak.

Bagi pihak polis pula, mereka mempunyai rakaman video kejadian dari mula hingga akhir yang boleh digunakan sebagai bahan bukti.

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN/MENTERI DALAM NEGERI
“(Soalan: adakah mereka yang ditahan itu kemungkinan didakwa mengikut Akta Darurat?) Itu kena tanya pihak Peguam Negara kerana itu berada dalam bidang kuasanya.”

Ordinan Darurat 1969 – undang-undang pencegahan yang berbentuk pemulihan.

Individu yang ditahan menjalani proses pemulihan bagi satu tempoh tertentu sehingga Kementerian Dalam Negeri berpuashati individu itu telah insaf atau mencapai tahap pemulihan yang ditetapkan.

Individu berkaitan juga tidak akan didakwa di Mahkamah Terbuka kerana Ordinan Darurat lebih kepada undang-undang pencegahan.

Datuk Seri Hishammuddin yang kesal dengan dakwaan sesetengah pihak mensensasikan pelbagai isu yang berlaku dalam perhimpunan Sabtu lalu, menegaskan polis mempunyai rakaman mengenai keseluruhan insiden yang berlaku.

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN/MENTERI DALAM NEGERI
“Dari rakaman yang kita ada, kita boleh buktikan. Tunggulah nanti bila kita umumkan. Jadi perkara sebegitu rupa saya ingatkan kepada semua pihak khususnya pihak yang ingin mensensasikan perkara ini, atau nak melihatnya dari perspektif sempit, kita akan ambil tindakan berasas pada fakta yang ada pada kita.”

Sehubungan itu, agensi berkaitan seperti PDRM, Cyber Security serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang bekerjasama untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Datuk Seri Hishammudin juga mengesahkan kekuatan polis yang masih ditugaskan untuk pemantauan selepas perhimpunan haram Sabtu lalu, ditarik balik pagi tadi.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Ordinan Darurat Mungkin Digunapakai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium