UtamaPOLITIKIsu gangguan air: Kerajaan...

Isu gangguan air: Kerajaan negeri Selangor terus dikecam - pakdin.my

tony-phua-air-selangor

Disebabkan isu air yang memberi kesan kepada semua pihak, Pakatan Rakyat (PR) mula berbalah sesama sendiri.

Seperti kebiasaannya DAP akan terus membidas kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak memberi alasan ke atas isu gangguan bekalan air kerana berjanji sebelum ini isu yang sama tidak akan berulang.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata kerajaan negeri sendiri sebelum ini memberi jaminan sudah bersedia menghadapi fenomena El Nino.

Namun apa yang berlaku sebaliknya apabila hampir 700,000 rumah mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah tanpa sebarang notis rasmi sejak semalam.

“Ini sangat mengejutkan dan perkembangan yang tidak boleh diterima.

“Rakyat Selangor berhak marah dan bimbang tentang situasi kemungkinan berhadapan satu lagi catuan air yang sukar,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua juga membidas janji kerajaan Selangor pada 10 hari lalu mengenai jaminan tersebut, bagaimanapun masalah sama berulang apabila kawasan sekitar Balakong dan Bangi mula mengalami gangguan.

Malah, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) juga mengeluarkan amaran penduduk di Gombak, Petaling dan Klang juga berkemungkinan mengalami gangguan bekalan air.

“Penduduk Selangor sudah mengalami catuan air yang panjang selama dua bulan sejak gangguan bekalan air pada Februari lalu,” kata Pua.

Pua berkata kali ini, kerajaan Selangor tidak mempunyai alasan untuk tidak membuat persediaan awal dalam menghadapi situasi genting tersebut.

“Semua pihak, termasuk Syabas dan kerajaan negeri sedar mengenai musim kering dalam tempoh beberapa bulan ini dan diburukkan lagi dengan El Nino.

“Tiada lagi alasan munasabah untuk tiada langkah sepatutnya dalam menghadapi kekurangan bekalan air ini,” kata Pua.

Pua berkata gangguan bekalan air yang timbul lagi ini menimbulkan persoalan mengenai keseriusan kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut.

“Tahap ketidakmampuan tidak boleh lagi dipandang ringan kerana ia memalukan menteri besar dan seluruh kerajaan negeri.

“Ia juga mencalarkan kredibiliti Pakatan Rakyat,” kata Tony Pua.

Ini kerana katanya bukan sahaja penduduk sekitar Lembah Klang menerima kesan malah sektor industri juga terjejas jika gangguan bekalan air terus berlaku.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...