Inilah padahnya kerana keceluparan mulut Rayer - pakdin.my

rayer-kepala-lembu

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejadian yang menimpa Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer pagi ini adalah akibat daripada “mulut celupar” nya.

“Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar,” kata Ahmad Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, Sabtu.

Ahmad Zahid mengulas penemuan kepala lembu yang masih berdarah dan tanpa kulit di depan pintu pagar rumah Rayer pagi ini.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai isu itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang membuat siasatan ke atas kes itu.

“Kami sedang siasat,” katanya tanpa mengulas panjang.

Rayer, yang diserang ahli UMNO ekoran kenyataan “UMNO celaka” dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini.

“Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit,” kata Adun dua penggal itu.

Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian tersebut dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu.

“Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu… tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu.

“Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya,” kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mengutuk tindakan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer sebagai tidak bertanggungjawab.

“Kita gelarkan ini tindakan tidak bertanggungjawab. Kita kecam tindakan sedemikian kerana ianya boleh menyebabkan ketegangan,” kata Liow selepas perasmian tempat letak kereta bertingkat di LRT Ampang oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Bentong itu berkata setiap rakyat seharusnya menghormati kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.

UTAMAPOLITIKInilah padahnya kerana keceluparan mulut Rayer

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium