51 GRO Sedang Leka Layan Pelanggan Ditahan - pakdin.my

GRO-Brickfields

Sebuah pusat hiburan menggunakan khidmat GRO warga asing sebagai pelaris diserbu malam tadi.

Taktik itu digunakan bagi menarik pengunjung ke premis terbabit.

Premis terletak di Kuchai Lama, Brickfields, Kuala Lumpur.

Serbuan jam 11:30 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian D7 Bukit Aman, diketuai Penolong Pengarah, ACP Roslee Chik bersama tiga pegawai dan 15 anggota.

Ketika serbuan, rata-rata GRO terbabit sedang leka melayan pelanggan.

43 GRO warga Thailand, 6 China dan 2 Vietnam ditahan.

Pemeriksaan mendapati kesemua GRO terbabit memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Turut ditahan, tiga lelaki tempatan dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap yang digaji pemilik premis berkenaan sebagai pengawal pintu masuk.

Polis turut mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun yang dikenalpasti sebagai suspek yang dikehendaki polis berhubung kes jenayah yang disiasat mengikut Seksyen 324 dan 326 Kanun Keseksaan kerana menyerang dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Pusat hiburan terbabit penah diserbu 17 Januari lalu kerana beroperasi tanpa lesen dan menggaji GRO warga asing.

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 23 hingga 44 tahun di bawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut.

UTAMABERITA51 GRO Sedang Leka Layan Pelanggan Ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium