Terowong Bawah Tanah Runtuh, Laluan Jerlus Di Jalan Imbi - pakdin.my

wpid-jalan-imbi-jerlus-3.jpg

Perkhidmatan KL Monorail dari Stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi dihentikan sementara berikutan keretakan tanah berdekatan tiang monorel di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Terowong bawah tanah yang masih dalam pembinaan runtuh manakala laluan di Jalan Imbi jerlus pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Pasukan bomba dan penyelamat sedang membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Menurut laporan Bernama, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur memberitahu bahawa keadaan trafik di kawasan tanah mendap di persimpangan empat lampu isyarat di Jalan Imbi terkawal.

wpid-jalan-imbi-jerlus-4.jpgwpid-jalan-imbi-jerlus-1.jpgwpid-jalan-imbi-jerlus-2.jpg

UTAMABERITATerowong Bawah Tanah Runtuh, Laluan Jerlus Di Jalan Imbi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium