Sebut nama Agong, raja: ADUN Kuang digantung tiga hari - pakdin.my

SHAH ALAM 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuang, Abdul Shukor Idrus dari Barisan Nasional (BN) digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.

Speaker dewan, Datuk Teng Chang Kim membuat keputusan itu 3.15 petang tadi setelah Abdul Shukor ditegur berkali-kali untuk tidak berbuat demikian.

Insiden itu berlaku ketika Abdul Shukor membahaskan satu usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung perhimpunan haram Sabtu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Tindakan itu menyebabkan kesemua ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan bersama Abdul Shukor.

Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan dewan, Abdul Shukor berkata, keputusan Chang Kim nyata berat sebelah kerana tidak mengenakan tindakan sama ke atas Nik Nazmi yang turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong semasa membahaskan usul itu.

“Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.

“Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?” katanya

UTAMASebut nama Agong, raja: ADUN Kuang digantung tiga hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium