Berita Larangan Berpuasa Di Xinjiang Tidak Benar – Dr Huang #Ramadhan - pakdin.my

china-ban-ramadan-fasting

Duta Besar China ke Malaysia, Dr Huang Huikang menafikan dakwaan berhubung larangan berpuasa keatas penduduk Islam di wilayah Xinjiang.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan kementerian berkaitan di China akan memberi penjelasan terhadap perkara terbabit.

Media antarabangsa, kelmarin, melaporkan beberapa jabatan kerajaan di Xinjiang melarang kakitangannya berpuasa ketika Ramadan.

Associated Press mengumpul terjemahan daripada beberapa laman web tempatan yang mengeluarkan arahan itu.

Larangan juga dikeluarkan di sekolah, bertujuan melindungi pelajar dan menghalang menggunakan sekolah atau agensi kerajaan sebagai tempat menyebarkan ajaran agama.

Jurucakap kumpulan hak asasi, “World Uyghur Congress” dipetik sebagai berkata, pihak berkuasa di beberapa komuniti di Xinjiang, turut menguji penduduk yang berpuasa dengan menyediakan makanan ketika majlis.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMABerita Larangan Berpuasa Di Xinjiang Tidak Benar - Dr Huang #Ramadhan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium