Microsoft Malaysia Umum Harga Rasmi Surface Pro 3 - pakdin.my

Microsoft-Surface-Pro-3

Maklumat rasmi dari Microsoft Malaysia mengesahkan harga yang diperolehi dari senQ dan Senheng. Harga rasmi untuk Surface Pro 3 bermula dari RM 2,729 keatas.

Di samping itu, Microsoft Malaysia juga telah mengeluarkan senarai penuh peruncit di seluruh negara yang akan mula menerima pra perasan dari 1 Julai dan seterusnya.

Di sini adalah senarai harga penuh Surface Pro 3 yang akan berada di pasaran Malaysia pada akhir bulan Ogos, yang dikelurkan oleh Microsoft:

– I3 Intel ® Core ™, 64 GB dan 4 GB RAM: RM2,729

– I5 Intel ® Core ™, 128 GB dan 4 GB RAM: RM3,299

– I5 Intel ® Core ™, 256 GB dan 8 GB RAM: RM4,199

– I7 Intel ® Core ™, 256 GB dan 8 GB RAM: RM4,999

– I7 Intel ® Core ™, 512 GB dan 8 GB RAM: RM6,779

Sepertimana produk Surface yang lalu, harga di atas hanya untuk tablet sahaja dan Microsoft juga akan mengeluarkan ‘Type Cover’ baru untuk Surface Pro 3 pada harga yang sama. Berharga RM409, boleh didapati dalam warna hitam, cyan (ditunjukkan di bawah), biru dan ungu. Walau bagaimanapun, ia datang standard dengan ‘Surface Pen active stylus’.

Microsoft-Surface-Pro-3-type-cover

Selain dari senQ Digital Station atau Senheng, pengguna boleh membuat tempahan awal Surface Pro 3 melalui 7 rangkaian wakil penjual, Aone Plus Supplies & Services, Harvey Norman, Machanics, PC Image, SNS Network, Thunder Match, and Viewnet. Tempoh pra perasan berakhir pada 15 Ogos.

UTAMAGAYA HIDUPMicrosoft Malaysia Umum Harga Rasmi Surface Pro 3

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium