Putus Tiga Jari, Nyaris Buta Kerana Mercun (video) #pakdin.my

Putus Tiga Jari Nyaris Buta Kerana Mercun

Akibat bermain mercun, seorang remaja berusia 14 tahun, putus tiga jari tangan kanan dan nyaris buta.

Kejadian berlaku di Kampung Guar Sintok Luar, Rantau Panjang, Kelantan.

Mangsa, Mohd Idham Syafiq Mohd Tahar, kini terlantar di wad Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas solat Jumaat, ketika dia bersama rakannya bermain mercun jenis botol yang diseludup dari negara jiran.

Mercun yang dinyalakan, tidak sempat dicampak dan meletup di tangan.

Selain putus tiga jari, dia juga cedera di tapak tangan, bahu dan pipi kanan serta nyaris buta setelah serpihan mercun itu terkena kelopak mata kanannya.

Satu daripada jarinya dapat diselamatkan menerusi pembedahan yang dilakukan semalam.

Mohd Idham tinggal bersama datuknya, Mohd Rashid Ibrahim, selepas kematian bapa, tiga tahun lalu.

 

 

Berkaitan