Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Pemakaian Tudung Semakin Komersial Dan Glamor - pakdin.my

Pemakaian Tudung Semakin Komersial Dan Glamor - pakdin.my

tudung-fesyen

Lilitan dan simpulan, lapisan demi lapisan dengan kontras warna serta corak menarik pada sehelai fabrik yang dijadikan selendang semakin meluas pengaruhnya.

Tidak cukup itu, ditambah pula dengan pelbagai bentuk hiasan aksesori dan kerongsang yang diletak di kepala menjadikan nilai pemakaian tudung semakin komersial dan glamor.

Bagi peminat fesyen, perkembangan dan inovasi tudung hari ini memberi mereka lebih pilihan dan tidak membataskan mereka untuk bergaya sekaligus menutup aurat.

Malah kepelbagaian gaya bertudung juga membuatkan para peniaga tudung dan selendang tersenyum lebar apabila kocek juga semakin kembung.

Di pasaran terdapat pelbagai jenis tudung daripada serendah-rendah RM5.00 hinggalah kepada tudung eksklusif yang nilainya menjangkau ratusan ringgit. Agak menghairankan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, pengguna masih sanggup membeli pada harga berkenaan.

Bagi pengasas dan pereka butik tudung online Jelita Sara, Erven Sarasendy Abd Hadi pihaknya memberi pilihan kepada pengguna memilih dan memiliki tudung yang dijual mengikut kemampuan mereka.

Daripada berniaga secara atas talian (online), Jelita Sara kini memiliki sebuah butik di Melaka dan membuka satu lagi cawangan di Bangi. Menurut Erven, sambutan yang diterima daripada pembeli online adalah lebih menggalakkan.

Pihaknya menerima 60 peratus pembelian online berbanding 40 peratus pembelian di butik. Malahan mereka turut menerima tempahan daripada pembeli di luar negara.

TREN TERKINI

Mahal atau murah menurut Erven, tudung menjadi satu tren yang sangat digemari. Harga bukanlah perkara utama asalkan ia selesa, cantik dan nampak berpersonaliti.

“Di sini, harga tudung yang dijual sama ada selendang atau tudung sarung adalah pada harga RM29.00 hinggalah ke rekaan eksklusif yang berharga RM159.00. Terpulang kepada individu jika mereka mampu membayar pada harga berkenaan”, jelasnya.

Tren pilihan terkini yang mendapat sambutan menggalakkan adalah tren berselendang. Menurut Erven, selendang bukan sahaja menjadi pilihan remaja dan wanita muda, malah semakin mendapat perhatian dalam kalangan wanita dewasa berusia lebih 40-an.

Bezanya, pemilihan warna yang lebih natural seperti warna tanah sesuai digayakan mereka.

“Wanita hari ini ramai yang bekerjaya, jadi tidak salah jika mereka ingin sentiasa nampak ‘up to date’ dan cantik. Mereka turut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebagai peniaga, memang boleh nampak kaum wanita memiliki kuasa beli yang lebih besar daripada lelaki”.

BACA juga  PM Tolak Dakwaan Mengenai ISA @NajibRazak(video)

Beliau turut menjelaskan harga tudung-tudung yang berada di pasaran adalah berdasarkan kualiti dan jenis fabrik yang digunakan. Ada yang mencecah harga yang mahal kerana rekaannya yang eksklusif dan berkualiti.

Berpendapat akan mengekalkan harga mampu milik buat pembeli, pihaknya kini sibuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat sehingga 40 peratus sebelum Ramadan bermula dan dijangka akan terus bertambah menjelang akhir Ramadan.

DULU LEBIH SENANG MENJUAL

Pemilik butik dan kedai tudung SA Ellegance di Ampang Park, Anuar Omar, 30, pula berpendapat sejak memulakan perniagaan di kompleks itu tujuh tahun lepas beliau dapat melihat turun naik jumlah pembeli yang datang berbelanja di kedainya.

Dahulu hendak menjual lebih senang berbanding sekarang apabila harga barang semuanya naik.

“Kita boleh nampak pembeli sudah mula berjimat cermat. Dulu kalau sekali datang mereka akan beli dua hingga tiga helai tudung, sekarang dapat jual sehelai pun sudah bagus.

“Tapi ada juga pelanggan yang kita lihat tidak berasa terjejas dalam berbelanja walaupun harga barang semakin naik”, ceritanya.

Menurut Anuar, peniaga tudung sama ada tudung yang mampu milik atau yang lebih eksklusif terpaksa menaikkan harga barangan mereka kerana keadaan ekonomi yang terjejas. Mereka perlu membayar upah penjahit dan peralatan menjahit yang turut meningkat.

Menyasarkan pelanggan daripada golongan sederhana ke atas, SA Ellegance menawarkan harga tudung dan aksesorinya bermula RM10.00 hingga RM350.00.

“Sebenarnya terpulang kepada pembeli. Ada orang membeli untuk keperluan. Ada juga untuk kepuasan dan kehendak, ada pula yang tidak kisah pada harga asalkan cantik di mata mereka”, ulas Anuar tentang pembeli yang sering berkunjung ke kedainya.

Beliau juga tidak bimbang dengan kemunculan pelbagai jenama butik tudung yang eksklusif dan mahal kerana percaya rezeki sentiasa ada buat orang berniaga.

KREATIVITI PEMAKAI

Sama ada memiliki butik di pasaraya atau berniaga secara terus dari rumah, di pihak peniaga masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa harga tudung dan selendang begitu mahal.

BACA juga  Norman Hakim Tidak Terkejut Abby Nikah Lelaki Muda

Ada yang menggunakan fabrik terbaik dan mahal, ada juga yang meletakkan jahitan manik dan batu-batuan seperti Swarozki di tudung rekaan mereka malah ada juga yang berjaya menjadikan tudung mereka sebagai jenama popular sehingga berjaya dipatenkan.

Kepada peniaga-peniaga tudung terutamanya, kemeriahan sambutan menjelang Syawal amat-amat dirasai kesibukannya.

Seronok sungguh melihat gelagat kaum wanita membeli dan mencari tudung yang bersesuaian tema.

Apatah lagi dengan kepelbagaian jenis bahan yang disediakan buat wanita berhijab. Untungnya bagi mereka yang berniaga kain tudung hari ini ialah perbezaan dan kehendak pembeli yang semakin tinggi citarasanya.

Beberapa pilihan popular seperti tudung sarung berlapik keras atau ‘tudung awning’, pelbagai jenis selendang, tudung bawal, tudung Syria, turban dan pelbagai jenis lagi dengan nama yang pelbagai.

Selain kreativiti pereka, pemakai tudung juga semakin kreatif mempelbagaikan gaya mereka.

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI

Pepatah Melayu ada menyebut “ukur baju di badan sendiri” amatlah bertepatan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Pilihan terbaik adalah berbelanja secara bijak dan berbelanja mengikut kemampuan diri.

Di satu pihak, peniaga adalah kelompok atau kumpulan individu hebat yang bijak mencari ruang untuk menambah pendapatan dan memajukan diri. Mereka berhak menentukan harga barangan yang dijual bagi mendapatkan keuntungan.

“Penggunalah yang harus bijak membuat pilihan,” demikian pendapat guru Norfadilah Abdullah, 37, yang lebih gemar membeli di kedai kerana mudah dicuba.

Bagi Norfadilah, mencuba sendiri di kedai adalah lebih mudah kerana tidak semua orang boleh memakai semua jenis tudung.

“Saya kurang gemar membeli secara online. Antara sebabnya ialah warna tudung yang diterima kadang-kadang tidak sama dengan asal disebabkan pencahayaan daripada kamera. Dalam online nampak cantik tapi bila sampai warna tak sama dan pembeli akan kecewa”, ulasnya.

Beliau yang menetap di Nibong Tebal lebih gemar berkunjung ke Pasar Kemboja dan Parit Buntar yang berdekatan dengan rumahnya.

“Di sana terdapat banyak kedai yang menawarkan pelbagi pilihan selendang daripada harga yang murah hinggalah yang mahal. Jadi kenapa berbelanja lebih?” soal beliau.

Antara cara guru ini berjimat ialah dengan membawa bersama pakaian yang ingin dipadankan dengan tudung yang mahu dibeli. Selain membeli tudung pelbagai warna yang boleh disesuaikan dengan pakaian yang lain.

BACA juga  Jaringan hatrik Thomas Muller - German Tewaskan Portugal 4 - 0 #PialaDunia2014

Bagi Norfatua Ismail, 37, beliau lebih gemar dan sanggup beramai-ramai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India kerana pilihan yang pelbagai.

“Asalkan bila dililit cantik, tudung yang murah pun akan kelihatan menarik. Boleh kata di sini memang tempat paling meriah semua jenis tudung yang diingini ada dijual di sini”.

Walaupun penat tetapi beliau sanggup kerana teruja dengan kemeriahan kawasan tersebut.

“Tudung adalah perkara yang paling seronok untuk dibeli. Tak perlu dipadankan dengan baju pun. Sesekali dah sampai ke sini saya akan beli beberapa helai yang saya lihat cantik. Sama ada selendang ataupun tudung bawal, coraknya menarik apatah lagi sekarang ia boleh dililit dengan pelbagai gaya dan tidak kelihatan pelik lagi”, tambahnya.

Berpendapat inovasi gaya bertudung hari ini boleh membantu pembeli berjimat. Misalnya sehelai tudung bawal empat segi juga boleh digayakan seperti selendang yang dililit.

“Kadang-kadang kerana tudung yang sama tetapi gaya yang dipelbagaikan, kawan-kawan ingat tudung baharu”, ulasnya.

Bagaimanapun, petugas di sebuah bank ini meletakkan bajet dalam pembelian tudungnya antara RM100-RM150 sebulan.

Norfatua turut menyarankan peniaga supaya tidak mengaut keuntungan sehingga melebihi 30 peratus daripada harga kos mereka. Tidak gemar membeli secara online, beliau berpendapat tudung yang murah jika dipakai menepati kehendak syariat nilainya adalah lebih mahal.

BELI TUDUNG ONLINE

Bagi Azni Zahari, 32, kesukaran mendapatkan tudung yang berkenan di hati dari kedai berdekatan tempat tinggalnya di Taiping menyebabkan beliau lebih gemar membelinya secara dalam talian.

“Pilihan pun banyak, jimat masa dan tenaga. Kadangkala berhimpit-himpit di celah-celah pembeli yang lain pun boleh memenatkan. Dengan adanya pilihan tudung secara online, saya juga boleh ‘shopping’ bila-bila masa sahaja dalam keadaan yang tenang. Malahan dapat mengawal jumlah wang yang dibelanjakan”, jelasnya.

Memilih tudung bawal dan tudung sarung berlapik keras (awning) untuk sambutan hari raya tahun ini, Azni berkata ia lebih mudah dan selesa digayakan terutamanya jika sedang sibuk melayan tetamu yang ramai.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Sairah mati dibunuh – Polis

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh. Ia susulan laporan...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

TERKINI

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640