UtamaNASIONAL#MH17: MAS Keluarkan Senarai...

#MH17: MAS Keluarkan Senarai Nama Penumpang - pakdin.my

mh17-senarai-penumpang

Malaysia Airlines (MAS) merayu ahli keluarga dan rakan mangsa yang berada dalam pesawat MH17 agar segera menghubungi syarikat penerbangaan berkenaan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada pukul 7.30 malam Sabtu, butirannya adalah seperti berikut:

Dalam tempoh 45 jam yang lalu, syarikat penerbangan ini bersama-sama dengan pelbagai pihak kedutaan asing telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membolehkan waris keluarga mangsa yang terlibat menghubungi mereka.

Bagaimanapun, terdapat juga identiti penumpang yang masih belum dapat mengenaplasti oleh waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Waris dan rakan mangsa yang terlibat diminta menghubungi Talian Bantuan Keluarga ‘Malaysia Airlines’ di talian +603 7884 1234 (di Malaysia).

Nombor talian lain yang turut boleh dihubungi mengikut negara masing-masing ialah:

Netherlands (pejabat Malaysia Airlines di Amsterdam ): +31 20 521 6252

Australia (pejab Malaysia Airlines di Sydney): +61 2 9364 3534

Indonesia (pejabat Malaysia Airlines di Jakarta): +62 2 1522 9705

New Zealand (pejabat Malaysia Airlines di Auckland: +64 9 306 3930

United Kingdom (pejabat Malaysia Airlines London ): +44 20 7341 2060

Germany (pejabat Malaysia Airlines di Frankfurt ): +49 69 1387 1980

Philippines (Malaysia Airlines di Manila): +63 2 889 1863

Setakat pukul 5 petang pada 19 Julai 2014 jadual di bawah menunjukkan senarai jumlah terkini penumpang yang dapat dikenalpasti mengikut kewarganegaraan masing-masing.

Sementara itu, Malaysia Airlines turut menghantar sebuah lagi pesawat yang membawa 212 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan agensi media ke Kiev dan Amsterdam dalam satu misi khas bagi MH17.

Seramai 85 orang ‘Go Team’ Malaysia Airlines turut dihantar termasuk limah ahli yang akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat di tapak nahas di daerah Donestk.

80 orang termasuk pasukan pengurusan akan ditempatkan di Amsterdam untuk menenangkan keluarga penumpang yang terlibat.

MH5002 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul9.30 malam dan tiba di Kiev pada pukul 2.58 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai 2014 dan akan transit selama dua jam.

Pesawat akan meneruskan penerbangan ke Amsterdam pada pukul 4.50 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari yang sama.

Antara mereka yang turut serta dalam misi khas ini ialah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, SMART, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Petugas Udara Khas Malaysia, Pasukan Tentera, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kimia Jabatan Agama Islam Malaysia, pasukan Pengesanan Mangsa dan Bencana serta agensi media yang terlibat.

Akhirnya, MAS memohon kerjasama daripada pihak media agar menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat.

Adalah menjadi keutamaan MAS untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan kabin krew yang terlibat dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai insiden tersebut dengan harapan maklumat tersebut tidak didedahkan kepada orang awam.

Malaysia Airlines MH17 passenger manifest

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...