#MH17: Kerajaan Rusia puji Malaysia bersikap berkecuali - pakdin.my

mh17-debris

Kerajaan Rusia hari ini mengucapkan terima kasih dan memuji kerajaan Malaysia kerana bersikap berkecuali sementara menunggu sehingga selesai siasatan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.

Duta Rusia di Malaysia, Lyudmila Vorobyeva berkata, ketika banyak negara saling menuding jari dan menyalahkan Rusia berikutan insiden berkenaan, Malaysia terus bersikap tidak memihak dan memberi tumpuan kepada keputusan akhir siasatan itu.

“Kami amat menghargai pendirian berkecuali kerajaan Malaysia, tidak menyalahkan sesiapa sebelum sebarang bukti nyata dapat dikemukakan hasil keputusan siasatan antarabangsa.

“Kami sangat menghargai, kami sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di kedutaan itu di sini hari ini.

Penerbangan MH17 MAS sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

UTAMABERITA#MH17: Kerajaan Rusia puji Malaysia bersikap berkecuali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium