Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Hakikat Bersih 2.0 - pakdin.my

Hakikat Bersih 2.0 - pakdin.my

ADA yang mengatakan kejadian huru-hara di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu ekoran demonstrasi haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) wajar dijadikan kayu pengukur kepada kematangan budaya politik rakyat Malaysia.

Namun kalau kita ingin berbica soal kematangan dalam berpolitik, harus juga diteliti dari aspek dan unjuran mana ia dinilai.

Dalam politik sesuatu isu itu boleh diamati dari pelbagai sudut dan hasilnya boleh diinterpretasi mengikut fahaman dan kepentingan masing-masing.

Sama juga halnya dengan perhimpunan Bersih 2.0. Macam-macam tafsiran boleh dilakukan kerana ia tidak terbatas kepada dua pilihan sahaja seperti duit syiling iaitu hanya ada ‘sing’ ataupun ‘kong’.

Menerusi laporan hasil pemantauan Majlis Peguam Malaysia, peserta demonstrasi Bersih 2.0 secara umumnya dilihat tenang serta berkelakuan baik di sepanjang perarakan mereka.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menyifatkan rakyat Malaysia sudah matang dalam berpolitik lebih-lebih lagi bagi mempertahankan sesuatu pandangan yang mereka percaya dan yakin.

Malah katanya sifat cintakan keamaan jelas terlihat apabila peserta demonstrasi yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari seluruh negara mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut tanpa sebarang konflik.

“Keadaan aman itu sekaligus bertentangan dengan pandangan pemimpin di beberapa pihak bahawa kononnya perhimpunan itu boleh menjejaskan keharmonian negara,” katanya baru-baru ini.

Tapi hakikatnya seperti peribahasa yang cukup klise ‘kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang’. Kalau benar semua peserta demonstrasi bergerak dalam keadaan aman, agak tidak munasabah pula sekiranya anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menembak gas pemedih mata dan pancutan meriam air kearah mereka.

Hakikatnya Majlis Peguam sendiri mengakui hasil pemantauan pihaknya mendapati seorang atau lebih penyokong Bersih 2.0 membaling botol air plastik ke arah pengamal media sebuah stesyen televisyen yang membuat liputan pada hari berkenaan.

BACA juga  Muktamar Tahunan PAS: Nor Azli dakwa mufti syaitan bercakap

Itu baru satu kes yang ‘mampu’ dilihat oleh dua daripada 100 pemerhati Majlis Peguam yang memantau secara dekat di empat lokasi, iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek, Terminal Bas Puduraya dan Stadium Merdeka.

Bagaimana pula dengan kemungkinan wujud kes-kes terpencil lain yang dicetuskan oleh penyokong Bersih 2.0 bertujuan melakukan provokasi terhadap pihak polis?

Bukan mahu menuduh tapi kemungkinan itu tidak boleh ditidakkan kerana sebarang kebarangkalian boleh berlaku tambahan pula dalam lautan manusia yang membanjiri ibu negara.

Jadi sekali lagi peribahasa klise boleh kita gunakan iaitu ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Kalau tidak ada pihak yang ‘gatal tangan’ cuba melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa, mustahil insiden huru-hara seperti yang dapat disaksikan Sabtu lalu boleh berlaku.

Dengan kata lain, layakkah kita melabelkan rakyat Malaysia sudah matang berpolitik khususnya berkaitan dengan perhimpunan dan demonstrasi yang didakwa pada mulanya mahu dianjurkan dalam keadaan aman?

Ada pihak turut mendakwa bahawa FRU menembak gas pemedih mata dan pancutan meriam air tanpa memberi amaran kepada orang awam yang menyertai demonstrasi haram berkenaan.

Namun berdasarkan hasil laporan Majlis Peguam, pihak mereka mendapati anggota FRU bertindak mengikut prosedur apabila terlebih dahulu memberi amaran agar peserta demonstrasi beredar atau tidak meneruskan perarakan.

Tapi apa kesudahannya dan apa pula alasan yang diberikan? Majlis Peguam mendapati amaran menggunakan alat pembesar suara pihak FRU tidak dapat didengar oleh sebahagian besar peserta melainkan bagi mereka yang berada di barisan hadapan.

Bagaimanapun hasil pemantauan turut mendapati polis menggunakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air dengan cara yang salah, termasuk menembak gas terlalu dekat dengan Hospital Tung Shin dan menggunakan meriam air terhadap peserta demonstrasi yang sedang berunding dengan polis.

BACA juga  #MalaysuaBaru: Penganjur IFTAR GAY Kini Pegawai Khas Kementerian Belia & Sukan?

Selain begitu banyak kecaman dan hinaan terhadap pasukan polis, Majlis Peguam sebaliknya memuji pasukan polis yang bertugas di Jalan Hang Jebat berdekatan Stadium Merdeka.

Pihak polis didapati bersikap sopan serta mengawasi peserta demonstrasi dengan baik, selain berinteraksi terus dengan ketua kumpulan penunjuk perasaan di kawasan itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Chua Jui Meng.

“Datuk Chua dibenarkan memberi ucapan dan orang ramai juga patuh. Tidak ada tembakan meriam air dan penahanan…itulah contoh pengawasan terhadap orang ramai,” kata Lim.

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berpelembagaan seperti Malaysia, rakyat sememangnya berhak menyuarakan pandangan masing-masing tanpa sebarang halangan mahupun sekatan.

Tapi harus diingat, kebebasan yang diberikan itu bukanlah satu ‘nikmat’ mutlak yang boleh digunakan secara sesuka hati.

Matlamat kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju perlu didokong oleh sistem politik yang matang selain faktor ekonomi yang mapan.

Kematangan dalam politik juga boleh dizahirkan melalui ketertiban serta amalan rundingan yang diamalkan oleh semua pihak di semua peringkat.

Justeru, rakyat Malaysia seharusnya menunjukkan adab dan ketinggian budaya berpolitik dengan menggunakan saluran komunikasi atau rundingan bagi menyelesaikan sebarang masalah tanpa meletakkan negara sebagai risiko kepada pihak luar.

Bak kata pepatah ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tidak berselerak atau hanya ribut dalam cawan, air tak tumpah, cawan tidak pecah.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Sairah mati dibunuh – Polis

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh. Ia susulan laporan...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

TERKINI

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran – BWF

BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632