BEERSIH 2.0 – Amaran KPN Kepada Anggota Polis - pakdin.my

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memberi amaran tindakan akan diambil terhadap anggota polis yang didapati menyalahi Prosedur Pelaksanaan Standard atau SOP ketika bertugas pada perhimpunan haram, Sabtu lepas.

Katanya, sekiranya ada laporan atau bukti, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Beliau bagaimanapun, yakin anggotanya telah menjalankan tugas mengikut prosedur ditetapkan.

TAN SRI ISMAIL OMAR/KETUA POLIS NEGARA
“Kita melihat, kita mengkaji kerahan operasi kita, saya percaya memang kita telah bertindak dengan betul dan sekiranya ada satu, dua yang kalau ada kita tunggu laporan kalau ada kita akan ambil tindakan susulan.”

Beliau berkata demikian selepas menandatangani memorandum persefahaman UiTM-PDRM dan pelancaran logo Polis Bantuan UiTM di Shah Alam.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Amaran KPN Kepada Anggota Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium