Krisis MB Selangor: Khalid… Jangan Terburu-Buru – Saifuddin - pakdin.my

azmin-khalid-saifuddin

Selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penafian mengenai dakwaan yang dilemparkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadapnya, parti itu pada Selasa meminta beliau supaya tidak bertindak terburu-buru mengemukakan saman.

Malah, Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mahu Khalid meneliti perenggan demi perenggan pada setiap muka surat yang mencatatkan alasan kenapa beliau perlu berundur daripada jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya hormati hak beliau untuk buat penafian dan kemukakan saman, tetapi beliau perlu teliti dahulu nota tersebut secara terperinci.

“Jika ada elemen yang membolehkan beliau untuk memulakan proses saman, saya bersedia dan mengalu-alukan tindakan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Saifuddin berkata, nota penjelasan itu termasuk lampiran mengenai salah guna kuasa yang dilakukan Khalid dihantar kepada kepimpinan tertinggi PKR, PAS dan DAP, secara berperingkat mulai hari ini (Selasa).

Antara pendedahan yang dikatakan terkandung dalam nota tersebut termasuk dakwaan hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta (AS$18 juta) dengan Bank Islam untuk membeli saham syarikat dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada EcoWorld dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah.

Namun, Khalid menerusi kenyataan media pada lewat petang Isnin, menafikan dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah dan bermotifkan politik serta berniat jahat.

Pada masa masa, Saifuddin turut mendesak Khalid untuk menjelaskan formula yang dipersetujui antara dirinya dan Bank Islam sehingga kes itu diselesaikan diluar mahkamah.

“Saya minta beliau kongsi formula tersebut dengan rakyat Selangor. Itu merupakan formula paling mudah untuk Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya beliau berkongsi formula tersebut,” katanya dalam nada berseloroh.

Saifuddin berkata, PKR pernah meminta Khalid untuk memberi penjelasan berhubung perkara tersebut tetapi jawapan beliau tidak memuaskan.

“Beliau beritahu memang betul berhutang dengan bank tetapi bank setuju hutang tersebut dijelaskan apabila beliau menang saman terhadap sebuah syarikat, jadi bank pun setuju gugurkan tuntutan saman. Menerusi penjelasan itu, kita dapat lihat wujud sesuatu yang meragukan,” katanya.

Jelas Saifuddin, setiap penjelasan Khalid mengenai perkara tersebut semasa mesyuarat bersama Majlis Presiden Pakatan Rakyat awal tahun lalu turut ditulis dalam nota tersebut.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Khalid... Jangan Terburu-Buru - Saifuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium