Krisis MB Selangor: Selangor Hilang Daripada Cengkaman Pakatan Rakyat #IniKhalidLah

khalid-pecat-exco

Perkembangan berlaku dengan pantas dan tegang dalam krisis Menteri Besar Selangor apabila Pakatan Rakyat nampaknya hilang cengkaman ke atas negeri paling kaya di Malaysia.

Hari yang berlalu menyaksikan perang mulut dan ‘serangan balas’ daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pengkritik daripada bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Enam anggota Exco daripada kedua-dua parti yang enggan meninggalkan pentadbirannya walaupun menyokong pemecatan beliau sebagai menteri besar menyatakan mereka tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tetapi Abdul Khalid membuat kejutan sejurus sebelum pukul 7 malam dengan menyatakan beliau mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri yang tidak menyokong pentadbirannya.

Berikutan perkembangan ini, penganalisis politik percaya bahawa Pakatan Rakyat, sebagai gabungan tiga parti yang rapuh, telah kehilangan kuasa untuk mentadbir Selangor oleh kerana Exco DAP dan PKR kemungkinan dipecat daripada pentadbiran Abdul Khalid.

Ketiadaan Exco PKR dan DAP bermakna bahawa hanya empat anggota Exco daripada PAS berada dalam pentadbiran kerajaan negeri – jumlah minimum anggota Exco yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Drama politik yang terungkai di Selangor ini belum pernah berlaku dalam sejarah negara dalam konteks wakil bebas dan tanpa parti menjadi ketua eksekutif negeri.

Keadaan nampaknya seperti biasa apabila Abdul Khalid tiba untuk bertugas di Bangunan Sekretariat Selangor pukul 9.30 pagi tetapi perkembangan tegang semalam yang menyaksikan Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar selepas dipecat daripada parti, berulang hari ini.

Beliau sepatutnya mengisi waktu dengan menemui kesemua 10 anggota Exco untuk mengetahui sama ada mereka akan terus kekal dalam pentadbiran beliau atau sebaliknya.

Abdul Khalid tidak menghadapi masalah dengan keempat-empat Exco daripada PAS yang menyatakan mereka akan mematuhi arahan parti untuk kekal dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar boleh menarik nafas lega apabila Barisan Nasional, yang mempunyai 12 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri, menyuarakan sokongan tanpa syarat kepada Abdul Khalid yang juga anggota dewan undangan negeri Pelabuhan Klang dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Setakat pukul 9 malam, drama berterusan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya apabila pemimpin DAP dan PKR berkumpul untuk menentukan tindakan selanjutnya susulan tindakan Abdul Khalid yang mungkin dapat menyekat kedua-dua parti dalam perebutan kuasa di Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, berkata dalam satu kenyataan bahawa Sultan Selangor berpendapat pemecatan Abdul Khalid daripada parti merupakan isu dalaman parti dan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Anggota Dewan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Beliau juga berkata baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas alasan Abdul Khalid telahpun menghadap baginda untuk menjelaskan tentang kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...