Krisis MB Selangor: Rodziah Cabar Dipecat? - pakdin.my

rodziah-exco-selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail masih berdolak-dalik mengenai pendirian berhubung kedudukannya sebagai ahli exco kerajaan Selangor.

Rodziah yang kini menjadi exco tunggal daripada PKR dalam kabinet Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun hanya menegaskan untuk akur kepada keputusan parti yang dianggotainya.

Beliau yang baru tiba di tanah air pada lewat malam Rabu selepas menghadiri kursus politik di Bangkok, Thailand tidak menyatakan keputusannya sama ada mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri atau terus bersama Abdul Khalid.

“Saya akan akur kepada keputusan parti yang saya anggotai.

“Keakuran saya itu, saya percaya adalah untuk menunaikan amanah memelihara mandat yang telah diberi oleh rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor,” katanya menerusi kenyataan pada awal pagi Khamis.

Selasa lalu, Abdul Khalid yang kini merupakan wakil rakyat Bebas memecat kelima-lima exco daripada PKR dan DAP yang tidak menyokong pentadbirannya.

Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kenyataan bersama mereka yang bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini.

Lima Exco yang terlibat adalah tiga daripada DAP iaitu Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau manakala daripada PKR ialah Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Rodziah Cabar Dipecat?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium