Krisis MB Selangor: Abdul Khalid cabar Wan Azizah bentang usul tidak percaya di DUN - pakdin.my

khalid-pecat-exco

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail supaya membentangkan usul tidak percaya ke atas beliau di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Saya maklum tentang pengumuman Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor. Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor,” katanya menerusi akaun rasmi Facebook beliau, sebentar tadi.

wpid-khalid-wanazizah-undi-takpercaya-dun.jpg

Abdul Khalid berkata, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Dr Wan Azizah mendakwa seramai 30 ADUN di Selangor menyatakan sokongan terhadap beliau sebagai Menteri Besar.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Abdul Khalid cabar Wan Azizah bentang usul tidak percaya...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium