Krisis MB Selangor: BN hanya sokong Khalid bagi pastikan isu air selesakan rakyat - pakdin.my

mou-air-selangor-2014

UMNO atau Barisan Nasional (BN) Selangor hanya menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar kerana mahu memastikan isu air dapat diselesaikan bagi keselesaan rakyat.

Setiausaha agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kerajaan tidak mahu isu bekalan air di Selangor dijadikan modal politik pembangkang.

“Kita utamakan kepentingan rakyat. Kalau ada kepimpinan baru kita takut akan ada masalah dengan air.

“Kita takut mereka akan politikkan isu air di Selangor. Kita mengutamakan kepentingan rakyat, dan kita mahu mereka selesa,” kata Tengku Adnan di ibu negara.

Menurut beliau, UMNO tidak ingin mencampuri pentadbiran negeri Selangor yang sedang bergelut isu menukar menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Adun UMNO menyertai anggota exco kerajaan Selangor.

“Kita tak masuk campur urusan pentadbiran Selangor. Kita serahkan kepada mereka (pentadbiran sedia ada),” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Exco PAS Sallehen Mukhyi bahawa wakil UMNO mungkin dilantik Khalid untuk membentuk kerajaan minoriti, sekiranya empat exco PAS sedia ada meletak jawatan.

Tindakan Khalid menandatangani perjanjian penstrukturan semua industri air juga menjadi atara sebab pemecatannya dari PKR, Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu menyatakan, Adun UMNO Selangor akan menyokong pentadbiran Khalid tanpa syarat dan mahu memastikan urusan penstrukturan semula air di negeri itu lancar.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: BN hanya sokong Khalid bagi pastikan isu air selesakan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium