JKM dapat hak jaga Muhammad Firdaus, remaja OKU ditemui terabai - pakdin.my

remaja-oku-dikurung

Masih ingat adik Muhammad Firdaus, remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui terabai di rumah keluarganya di sebuah flat di Nilai, Jun lalu?

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri kini mendapat hak penjagaan tetap ke atas remaja, 15, mulai bulan lalu.

Pengarahnya, Abdullah Hanapi berkata, perintah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 itu diluluskan oleh mahkamah berikutan tiada waris terdekat yang tampil membuat permohonan menjaga remaja tersebut.

Muhammad Firdaus yang menghidap ‘cerebral palsy’ kini ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, di sini.

Sebelum itu, beliau menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban selama sebulan sebaik sahaja ditemui dalam keadaan menyayat hati dan dibenarkan keluar pada 24 Julai lalu selepas keadaannya disahkan stabil.

“Saya boleh nyatakan yang keadaan Muhammad Firdaus adalah baik. Beberapa hari lalu, ibunya datang melawat dan saya dimaklumkan oleh pegawai di rumah kebajikan itu, dia (Firdaus) gembira dengan pertemuan tersebut.

“Kalau boleh kita tidak mahu mereka berpisah dan mahu mengekalkan kasih sayang antara mereka berdua,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdullah, Muhammad Firdaus juga menunjukkan perkembangan yang baik dari semasa ke semasa dan dibenarkan bergaul bersama penghuni rumah tersebut.

Jelas beliau, remaja itu juga menyambut Hari Raya Aidilfitri yang lalu bersama-sama dengan penghuni di rumah kebajikan tersebut.

Sehingga kini masih ada individu yang melawatnya dan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini mencecah RM100,000.

UTAMAJKM dapat hak jaga Muhammad Firdaus, remaja OKU ditemui terabai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium