Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

BEERSIH 2.0 – Ikhlas edar 10,000 borang guaman kepada penjaja terjejas

IKHLAS
IKHLAS

KUALA LUMPUR 16 Julai – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) akan mengedar 10,000 borang khidmat guaman kepada penjaja kecil di sekitar Lembah Klang yang terjejas akibat perhimpunan haram Sabtu lepas.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya sudah mengedar 2,000 borang sejak semalam.

“Selain borang guaman, kita turut memberi borang kaji selidik kepada penjaja berkenaan untuk menilai kerugian pada hari kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Masjid India hari ini.

Beliau berkata, semua penjaja diberi tempoh sehingga hujung bulan untuk mengembalikan borang yang lengkap diisi

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Exit mobile version