Dua beradik maut nahas di Ajil - pakdin.my

Mayat Ibrahim Yaakob, 22, dan adiknya, Mohamad Syafiq Hakimi, 18, yang terbabit kemalangan di Kilometer 399 Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur-Kuala Terengganu di Bukit Besi, Ajil
Mayat Ibrahim Yaakob, 22, dan adiknya, Mohamad Syafiq Hakimi, 18, yang terbabit kemalangan di Kilometer 399 Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur-Kuala Terengganu di Bukit Besi, Ajil

KUALA BERANG: Dua beradik maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 399 Lebuhraya Pantai Timur Kuala Lumpur-Kuala Terengganu di Bukit Besi, Ajil, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, Mohamad Syafiq Hakimi Yaakob, 18, dan abangnya Ibrahim, 22, yang juga pelajar Kolej Universiti TATI di Kemaman, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mohamad Syafiq dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya sebelum terbabas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir, berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mangsa.

UTAMABERITADua beradik maut nahas di Ajil

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium