back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Kuatkan Semangat Juang Untuk Tawan Kembali Selangor – Hishammuddin

    wpid-mesyuarat-perwakilan-umno-hulu-selangor-2.jpg

    KUALA KUBU BHARU, Anggota Umno Selangor perlu meningkatkan iltizam dan punyai semangat juang yang tinggi selain optimis dalam usaha merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

    Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengingatkan anggota parti supaya tidak terlalu emosi atau terikut-ikut dengan senario politik yang kini melanda Selangor.

    “Ada pihak yang mungkin cuba nak menuding jari kepada kita, tetapi setakat ini mereka tidak berjaya kerana masalah (pemilihan menteri besar baharu) itu bukan timbul daripada Umno, ia datang daripada (masalah) dalaman parti mereka sendiri,” katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor di sini hari ini.

    Hishammuddin juga mahu melihat anggota parti merapatkan saf, memperkukuh kesetiaan, kejujuran, keikhlasan dan niat bagi meneruskan perjuangan parti.

    Beliau berkata elemen itu penting untuk mempertahan warisan perjuangan Umno terutama dalam membina bangsa dan negara.

    Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor Mat Nazari Ahmad Dahlan berkata pihaknya mengetengahkan pelbagai usul, antaranya menyeru semua pihak supaya tidak terikut emosi sehingga menghina institusi raja.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)