Wanita Didakwa Bunuh Suami Di Sebuah Kedai Perabut Dekat Kubang Kerian (video) - pakdin.my

wanita-didakwa-bunuh-suami

Kota Bharu – Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas tuduhan membunuh suaminya di sebuah kedai perabot, awal bulan ini.

Manakala pembantu rumahnya warga Indonesia pula berdepan tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan itu.

Tertuduh Salma Saat, 37 tahun dituduh membunuh suaminya, Mohd Zamani Md Eusope, 38 tahun di dalam sebuah kedai perabot di Chicha, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 4 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Nik Habri Mohamad mengarahkan Salma dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Manakala pembantu rumahnya, Ratu Nariah, 26 tahun dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin dengan syarat mendapat surat pengesahan daripada pihak Kedutaan Indonesia.

19 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

 

 

Lelaki mati akibat asma terbongkar
September 11, 2014

Mohd Zamany Md Eusope mati di bunuh

KOTA BHARU – Kematian seorang lelaki yang didakwa isterinya akibat penyakit asma, akhirnya terbongkar apabila hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan tikaman di dada mangsa yang menguatkan bukti suaminya itu dibunuh.

Mangsa, Mohd Zamany Md Eusope, 38, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas isterinya mengadu suaminya tidak sihat dan dalam keadaan tenat ketika berada dalam kedai perabot di Chica, Kubang Kerian pada 4 September lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pada awalnya kes terbabit diklafikasikan sebagai kematian mengejut memandangkan menurut isteri mangsa, suaminya mengalami penyakit lelah namun hasil bedah siasat menunjukkan lelaki itu mati akibat dibunuh.

“Terdapat kesan tikaman pada dada sebelah kiri mangsa dan kesan koyakan di bahagian dagunya dipercayai akibat ditikam.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh Pakar Forensik lebih kurang jam 11 malam mengesahkan mangsa ditikam dengan benda tajam sedalam 14.5 sentimeter dan koyakan tersebut juga adalah disebabkan ditusuk dengan objek itu,” katanya.

Idris berkata, pemeriksaan terhadap paru-paru mangsa juga menunjukkan lelaki itu bukannya mati akibat penyakit asma.

“Hasil daripada laporan itu, polis menahan isterinya dan pembantu rumah mangsa yang berusia 20-an untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes terbabit disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dan tempoh reman dua suspek terbabit disambung lima hari bermula semalam.

Sementara itu, seorang pekerja kedai perabot berkenaan, Mohd Hawari Rusli, 29, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu dari rakannya pada malam kejadian.

“Saya tiada di kedai pada malam itu, namun terkejut apabila menerima panggilan memberitahu majikan saya mati akibat lelah, namun hasil bedah siasat dilakukan menunjukkan mangsa mati akibat dibunuh.

“Apa pun saya harap pihak polis dapat jalankan siasatan lanjut untuk menyelesaikan kes terbabit,” katanya.

UTAMABERITAWanita Didakwa Bunuh Suami Di Sebuah Kedai Perabut Dekat Kubang Kerian (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium