Anwar memberikan kontrak runding terus 15billion kepada 15 Syarikat Kroni semasa menjadi Menteri Kewangan - pakdin.my

Ezam dedah Anwar beri tender RM15 bilion kepada rakan

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah memberikan projek tanpa tender bernilai RM1 bilion setiap satu kepada 15 syarikat milik rakan-rakannya semasa menjadi Menteri Kewangan.

Bekas setiausaha politik beliau, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, ini membuktikan bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut mengamalkan rasuah semasa dalam kerajaan dahulu.

”Beliau sekarang memerangi gejala rasuah sebenarnya pemimpin yang mengamalkannya, termasuk memberi projek tanpa tender kepada 15 syarikat milik rakan-rakannya ketika menjadi Menteri Kewangan.

”Saya tahu sebab saya setiausaha politik beliau ketika itu, kalau Anwar cakap saya berbohong, saya cabar beliau bawa saya ke mahkamah,” katanya ketika berceramah di sini malam tadi.

Dalam hubungan ini Mohamad Ezam berkata, Anwar sepatutnya bertindak sebagai negarawan, bukan merosakkan asas- asas kenegaraan yang dibina pemimpin terdahulu demi mencapai cita-cita politiknya.

Katanya, percaturan politik Anwar amat bertentangan dengan asas-asas perpaduan dan kerukunan masyarakat berbilang kaum yang dibina oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan.

Tegasnya, pemimpin terbabit telah menyediakan asas-asas kenegaraan yang kukuh sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara merdeka dengan rakyatnya yang berbilang kaum dapat hidup aman dan menikmati kemakmuran ekonomi.

”Pemimpin-pemimpin kita dulu meletakkan kepentingan negara sebagai perkara nombor satu dan mengetepikan kepentingan peribadi,” katanya

Mohamad Ezam berkata, Anwar sebenarnya cuba menyebarkan fahaman politik baru yang menjadi ancaman besar kepada keamanan dan keharmonian kaum termasuk cuba menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

”Tidak dinafikan ada kelemahan dalam DEB yang cenderung dilihat mewujudkan gejala rasuah tetapi ia bukan punca sehingga ia perlu dihapuskan.

”DEB adalah salah satu dasar yang membina Malaysia sebagai sebuah negara. Kalau ada kelemahan, kita baiki tapi kenapa nak hapuskan? Ini kerana Anwar mahu tampilkan imej kononnya beliau pejuang untuk orang bukan Melayu,” katanya.

Utusan Malaysia

Untuk perincian senarai kroni lihat disini

http://theunspinners.blogspot.com/2010/12/anwar-betul-hebat-lihat-siapa-dapat.html

UTAMAPOLITIKAnwar memberikan kontrak runding terus 15billion kepada 15 Syarikat Kroni semasa menjadi...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium