Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALKedah tunduk tekanan DAP

Kedah tunduk tekanan DAP - pakdin.my

ALOR SETAR 16 Julai – Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.

Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam.

“Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Kerajaan Pas Kedah Rabu lalu mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi.

Dalam pada itu, mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian.

“Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian.

“Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah… saya tidak mahu kata apa,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883