Menunggu undi tidak percaya PAS terhadap Azmin - pakdin.my

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat

PAS Selangor mula memberi ‘signal’ kurang baik ketika Pakatan Rakyat (PR) dilihat cuba memulihkan hubungan ekoran kemelut jawatan menteri besar di negeri itu.

Semuanya gara-gara keputusan Menteri Besar baharu Mohamad Azmin Ali mengurangkan kuota Exco daripada PAS kepada tiga berbanding empat orang sebelum ini.

Azmin mendakwa keputusan itu dipersetujui PAS tetapi cakap-cakap dikalangan pemimpin PAS berbeza sekali.

Sumber menyatakan pimpinan PAS Pusat menerima keputusan itu sebagai ‘amat memeranjatkan’ – membawa makna di luar jangkaan dengan tindakan Azmin mengurangkan kuota berkenaan.

PAS Selangor sendiri mmenolak dakwaan bahawa mereka bersetuju dengan pengurangan kerusi milik parti tersebut dalam senarai barisan Exco yang diumum Azmin dan selesai mengangkat sumpah petang Jumaat.

Tawaran Timbalan Speaker yang sebelum ini dimiliki oleh PKR tidak disambut tepuk sorak oleh PAS Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman berkata, parti di peringkat negeri dan kebangsaan tidak pernah bersetuju dengan pengurangan kerusi Exco seperti yang diperuntukkan sebelum ini.

“Pada pendapat kami, pengusiran Dr Halimah Ali dan Sallehin Mukhyi yang mencatat prestasi memberangsangkan (pada pentadbiran terdahulu) adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan.

Khairuddin berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan petanda tidak baik terhadap kepimpinan yang baharu itu.

Selain Iskandar A Samad dan Ahmad Yunus Hairi yang dilantik semula, Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib antara muka baru dilantik Azmin.

Malangnya, sudah terlambat untuk PAS merubah keputusan tersebut.

Jika mahu dikesalkan, tentulah menangisi kesilapan parti itu tidak berani menuntut jawatan menteri besar ketika peluang ada sebelum ini.

Mahu atau tidak, PAS kena berpuashati menjadi melukut di tepi gantang.

Walaupun ada 15 kerusi di Selangor, ianya tidak bermakna lagi tambahan pula dengan tindakan dua Adun parti membenarkan diri mereka dicuri oleh PKR dalam menjayakan rancangan supaya PKR kekal mendapat majoriti yang membolehkan Azmin jadi menteri besar.

Apakah PAS akan mengambil tindakan terhadap Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Jawabannya, mustahil apatalah lagi memecat keahlian kedua-dua mereka.

Dengan memecat Saari dan Hasnul, mereka tentu akan menyertai PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan parti itu yang kini hanya ada 13 kerusi selepas bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat.

PAS yang berbaki 13 kerusi tentu tidak boleh berbuat apa-apa lagi selepas ini.

Jika ada undi tidak percaya kepada Azmin, PAS jika disokong Khalid yang kini Adun Bebas, hanya ada 14 undi.

Sekiranya Barisan Nasional (BN) turut menyokong, jumlahnya hanya 26 undi sedangkan PKR dan DAP tentu selesa dengan 30 undi.

Kesudahannya, PAS terpaksa akur, berdiam diri dan hanya mampu mengigit jari dan mengikut di tendang ke tengah atau ke tepi oleh sekutu sendiri .

UTAMAPOLITIKMenunggu undi tidak percaya PAS terhadap Azmin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium