Beberapa Pokok Tumbang Sekitar Shah Alam Akibat Hujan Lebat - pakdin.my

ribut-shah-alam

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada kira-kira 4 petang mengakibatkan enam insiden pokok tumbang sekitar Persiaran Tebar Layar, Seksyen U8 di Shah Alam, Isnin.

Pemangku Penyelia Operasi dan Pegawai Bomba Kanan II Shah Alam, Noor Fazida Tina Mohamad Noor berkata, kesemua insiden berlaku di lokasi berbeza dan menghalang laluan kenderaan di sekitar Persiaran Tebar Layar.

Beliau berkata, satu daripada insiden itu menyaksikan sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dihempap pokoK.

Bagaimanapun, katanya, pasangan suami isteri bersama dua anak mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, jurucakap PLUSLine berkata satu lagi insiden pokok tumbang berlaku di Kilometer 4.3 dari arah utara menghala Setia Alam pada kira-kira 2.30 petang.

Beliau berkata, insiden itu menyebabkan trafik sesak dan pokok itu, yang menghalang bahagian tengah laluan jalan raya berkenaan, berjaya dialih pada kira-kira 3.30 petang.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan trafik kemudian bergerak lancar.

UTAMABERITABeberapa Pokok Tumbang Sekitar Shah Alam Akibat Hujan Lebat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium