Pemuda UMNO Kedah Dan Selangor Kecam Kenyataan Biadap Gooi Hsiou Leung

pemuda-umno-selangor-kedah

Kenyataan media ini dibuat berdasarkan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, YB Gooi Hsiou Leung pada 24 September lalu menyentuh beberapa perkara yang menyinggung perasaan rakyat Selangor:

Perkara 1 KUASA SULTAN

1. Gooi Hsiou Leung menyarankan agar Menteri Besar Selangor baru, Mohamed Azmin Ali “membuat reformasi perlembagaan (negeri)” dengan mengurangkan kuasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ekoran krisis “Menteri Besar Selangor” yang berlangsung berbulan-bulan lamanya sebelum perlantikan Mohamed Azmin Ali.

2. Kenyataan Gooi seolah-olah menyalahkan Tuanku Sultan serta istana dalam krisis tersebut sedangkan Tuanku Sultan telah bertitah sewaktu majlis angkat sumpah Exco Negeri Selangor bahawa krisis ini sesungguhnya dimulakan oleh Pakatan Rakyat (PR) sendiri terutamanya PKR dengan “Langkah Kajang” sehinggalah tersingkirnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

3. Pemuda Selangor mengecam saranan Gooi kepada Azmin Ali untuk mengurangkan kuasa baginda tuanku kerana keengganan tuanku menerima hanya satu nama iaitu Adun Kajang, YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ini adalah hak mutlak tuanku yang dibenarkan menurut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan saranan Gooi itu adalah satu yang biadap dan sangat kurang ajar dan kami Pemuda Selangor mahu dua perkara:

(i) Gooi tarik balik kenyataan dan cadangan beliau kepada Menteri Besar Selangor untuk mengurangkan kuasa sultan atau kami akan menggesa seluruh rakyat Selangor yang bertemu beliau agar meludah mukanya seperti yang pernah saya nyatakan kepada Selangorpress.com dua hari lepas; dan

(ii) Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan terbuka bahawa beliau tidak akan membawa atau mengarahkan mana-mana Adun dalam PR membawa usul bagi pengurangan kuasa sultan dan meletakkan kuasa tersebut status quo.

Perkara 2 PERJANJIAN TERUTAMA AIR, KIDEX

1. Kita rakyat Selangor maklum bahawa air dan jalanraya adalah kepentingan asas kepada rakyat Selangor. Perjanjian yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak termasuk kerajaan Pusat dan negeri hendaklah tidak diusik kerana ia akan menjejaskan keperluan rakyat sehingga menyusahkan kehidupan harian kami.

2. Menteri Besar Selangor harus memberi jaminan terbuka bahawa isu berkenaan ini hendaklah diberi keutamaan. Gooi mengatakan bahawa perjanjian air adalah berat sebelah sedangkan harga yang dipersetujui terutama kerajaan Pusat dan negeri adalah tidak membebankan kewangan kerajaan negeri yang datangnya dari cukai rakyat.

Perkara 3 PENAHANAN KITAB INJIL BAHASA MELAYU

1. Gooi juga menyarankan agar Menteri Besar Selangor melihat semula kes penahanan kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di sebuah gereja di Petaling Jaya.

2. Saranan Gooi dilihat selari dengan cadangan Ahli Parlimen Shah Alam yang menggesa supaya kuasa eksekutif Sultan ke atas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) disemak semula sehingga membuat Tuanku Sultan Selangor murka sewaktu bulan Ramadhan yang lalu.

2. Kami juga menggesa agar kedua-dua Gooi dan Khalid Samad menarik semula kenyataan itu yang meresahkan rakyat Selangor beragama Islam yang menjunjung penuh titah tuanku.

3. Kami Pemuda Selangor juga menggesa agar Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor memberi jaminan bahawa kuasa eksekutif sultan berkenaan Agama Islam di negeri ini terpelihara dan tidak dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal berjalan November ini.

Sekian, terima kasih.

ZAINURI ZAINAL
KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR

SHAIFUL HAZIZY ZAINAL ABIDINKETUA PEMUDA UMNO KEDAH

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...