Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALSPR sahkan tiada pilihan...

SPR sahkan tiada pilihan raya kecil Parlimen Titiwangsa - pakdin.my

Seperti dijangka banyak pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) pada Isnin memberitahu tidak perlu diadakan pilihan raya kecil biarpun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa ekoran kematian penyandangnya, Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada Ahad malam.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa tidak ada keperluaan bagi suruhanjaya itu mengadakan PRK bagi kerusi Parlimen Titiwangsa kerana penggal Parlimen ke-12 telah mencapai tempoh mandat tiga tahun pada 28 April lalu.

“Ya, memang tidak perlu diadakan pilihan raya kecil walaupun berlaku kekosongan kerusi Parlimen Titiwangsa.

“Ia sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang,” katanya yang dipetik dari mstar online.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata tarikh 28 April ialah hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April 2013.

Bagaiamanapun, Wan Ahmad berkata tempoh akhir bagi mengadakan PRK untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berbeza, bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lepas.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, jenazah Dr Lo’ Lo’ selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat dekat ibukota pada pukul 11.10 pagi.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suasana sayu dan suram menyelubungi perkarangan masjid yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sejak malam Ahad.

Kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut kelihatan menziarahi jenazah.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883

[VIDEO] 3 pendaki terkandas di Gunung Liang diselamatkan

Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162873

[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Ketika ditemui seorang telah meninggal dunia, dan seorang lagi dalam keadaan kritikal BACA seerusnya di: https://pakdin.my/162861

[VIDEO] 60 mangsa banjir dipindah ke PPS di Taiping

Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162851

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong – Darren

Pan Gon berkata beliau menuntut banyak daripada pemain sepanjang perlawanan dan melihat sebahagian mereka bergelut untuk mengikut rentak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805