Bahas Akta Hasutan dalam Perhimpunan Agung UMNO - pakdin.my

wanita-umno
“Sekarang ini saya melihat kebebasan bersuara dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sudah banyak disalahgunakan dalam laman sosial dan terbuka sehingga sampai peringkat mencabar perlembagaan negara, institusi istana dan keistimewaan Melayu.”

Itu kata-kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al Habsee menerusi blog UMNO bahagian itu yang lantas mencadangkan agar Akta Hasutan 1948 yang dicadangkan untuk dimansuhkan kerajaan dibahaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan hadapan.

Menurutnya, akta berkenaan masih relevan terutamanya dalam memastikan semua pihak berhati-hati dalam melontarkan pandangan berkenaan isu perkauman dan agama.

“Kalau lebih banyak yang baik melalui akta seumpama ini maka kerajaan diharapkan berfikir semasak-masaknya sama ada untuk mansuh atau teruskannya.

Menurut Syed Ali, pihaknya menerima pelbagai respons dan reaksi orang ramai berkenaan ura-ura kerajaan mahu memansuhkan Akta Hasutan, sehubungan itu beliau mahu diadakan perbahasan mengenainya dalam Perhimpunan Agung Umno.

Ia katanya, bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pemansuhannya selain kerajaan disaran memikirkan kebaikan akta ini dalam memelihara perpaduan rakyat.

“Bagi saya, kebebasan bersuara dalam sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia ada had dan batasnya.

“Kalau sudah sampai peringkat mengancam keselamatan awam, boleh mewujudkan ketegangan kaum dan pecah belah di kalangan rakyat maka wajar dicegah,” katanya.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan semalam menyifatkan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan tidak semestinya ditunaikan jika ia hanya akan menyebabkan keselamatan negara terancam.

Undang-undang berkenaan katanya, masih diperlukan dan majoriti rakyat Malaysia belum bersedia untuk dimansuhkan akta berkenaan.

“Janji tidak semestinya ditepati jika ia boleh memudaratkan keselamatan dan keamanan negara.

“Maka pelaksanaannya boleh ditangguhkan sehingga dirasakan pemikiran rakyat sudah ke arah itu,”

UTAMAPOLITIKBahas Akta Hasutan dalam Perhimpunan Agung UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium