Utama NASIONAL Menjelang 28 Oktober – Anwar ulang auta lama

Menjelang 28 Oktober – Anwar ulang auta lama

Kini menjelang hari penentuan 28 dan 29 Oktober bila mana Mahkamah Persekutuan di Putrajaya akan membicarakan membuat kuptusan muktamad keatasrayuan kesnya meliwat Saiful Bukhari Azlan,Anwar bercakap lagi tidak mahu lari tinggal dalam buangan di luar negara.

Jika mahkamah tertinggi negara itu memutuskan mengekalkan keputusan Mahkamah rayuan pada 7 Mac lalu dapati beliau bersalah dan kenakan hukuman penjara lima tahun maka beliau akan ‘ masuk dalam’.

Anwar yang kini berada di United Kingdom berkata dalam satu interbiu dengan akhbar The Telegraph beliau akan balik ke Malaysia untuk menghadapi perbicaraan kes itu.

Seperti juga masa lalu beliau mendakwa ramai kawan-kawnanya memujuk terus tinggal di United Kingdom kerana tidak sanggup melihatnya meringkuk dalam penjara.

Ramai yang bertanya apakah kawan-kawannya itu tahu secara terperinci butir kes liwatnya kecuali mendengar rintihan dan penafian kosong dari mulutnya sahaja.

Soalnya siapa dalam dunia ini yang buat salah nak mengaku secara terbuka apa lagi kes moral sejijik ini.

Kecuali para penyokong tegarnya,majoriti rakyat meletakan kepercayaan penuh kepada kebebasan mahkamah negara ini dalam membuat keputusan yang adil.

Seperti orang yang sedang kepanasan…selain cuba menarik sokongan dalam negeri,PKR telah menghantar rombongan ke luar negara seperti Australia untuk bercakap mengenai kes yang orang sana tidak tahu pokok pangkalnya.

Parti yang mengunakan perkataan ‘ keadilan’ pada namanya itu merasakan keadilan hanya kena berpihak pada Anwar dan Saiful yang menjadi mangsa perbuatannya boleh pergi jahanam.

Exit mobile version